Sebahagian daripada Ulama menghukumkan makruh tidur dengan posisi meniarap,
Boleh jadi mereka memutuskan hukum tersebut berdasarkan hadis di bawah..
Dari Abu Zar ra.beliau mengatakan:
“Suatu hari
Nabi :saw. sedang berjalan melewatiku ketika itu aku sedang tidur secara
meniarap (tidor atas perut).Maka baginda membangunkanku menggunakan kakinya dan
berkata, “Hai Junaidib (panggilan Abu Zar),
sesungguhnya cara berbaring seperti
ini adalah cara berbaring penghuni neraka.”
(Hadith Riwayat Ibnu Majah)
Status Hadis:
Dhoif (hadith
munkar)
Ahli Hadith
Yang Mendhoifkannya :
Imam
al-Bukhari,ad-Daraquthni,Ibn Abi Hatim,Ibn Rejab,Syeikh Ibrahim al-Laahim dan
ramai lagi.
Kata Syeikh
Sulaiman bin Nasir al-’Ulwan:”Tidaklah sahih dalam hal ini akan hadith (walau
satu) dari Nabi SAW,dan yang benar adalah dibolehkan(harus tidur meniarap)
tanpa larangan”
Walaupun dari
sudut hukum agama dibolehkan tidur meniarap kerana tidak ada larangan yang
sabit dari nas-nas yang sohih, namun perlu juga dilihat dari sudut kesihatan
kajian perubatan moden tentang kesan atau akibat dari tidur meniarap.
Kebaikan Tidur Meniarap :
-Mengurangkan dengkur bagi mereka yang
menghadapi masalah ini
Keburukan Tidur Meniarap :
-Menyebabkan badan susah mengekalkan
keseimbangan tulang belakang
-Risiko sakit belakang
-Boleh menyebabkan tekanan kepada sendi dan
menyebabkan sakit otot dan kebas.
-Walaupun sesetengah bayi lebih selesa tidur
meniarap namun sebenarnya posisi ini amat merbahaya kepada bayi,kerana tidur
meniarap membawa risiko tertutupnya saluran pernafasan hidung dan mulut dan
seterusnya boleh menyebabkan kematian bayi.
Pesanan :
Sebaiknya
jauhilah tidur dengan posisi meniarap sebagai meraikan pendapat Ulama yang
menghukumkan makruh disamping kajian perubatan moden juga membuktikan ia boleh
membawa mudharat..Tidur yang terbaik adalah seperti tidur Nabi s.a.w..
Kata Imam Ibnul Qoyyim:
“Adalah Nabi
tidur dengan berbaring kekanan (mengiring) dan beliau meletakkan tangannya yang
kanan dibawah pipinya yang kanan“
Sumber : http://mindakini.com/larangan-tidur-meniarap-dalam-islam/

